Friday, March 19, 2010

Teknik Adaptasi

1. Langkah Mengajar
a. Murid mencipta karya dalam bentuk genre lain berdasarkan genre lain.
b. Sebagai contoh, menulis pantun berdasarkan cerpen, menulis skrip drama berdasarkan sajak dan sebagainya.
c. Dapat mempelbagaikan kemahiran dan meningkatkan kreativiti murid.

2. Genre
a. Teknik ini sesuai untuk semua genre sastera

3. Sumber
a. DBP

Teknik Dekon

Langkah Mengajar
a. Seorang murid mendeklamasikan sajak atau puisi.
b. seorang atau beberapa orang murid melakonkan aski yang sesuai dengan sajak / puisi yang dipelajari.
c. Murid lebih mudah mengingati sajak / puisi.

Genre:
a. Teknik ini sesuai untuk sajak.

Sumber:
DBP

Teknik Mestamu

Langkah Mengajar
a. Murid melagukan sajak atau puisi tanpa muzik
b. Gunakan melodi lagu yang diminati / popular.
c. Gantikan seni kata / lirik lagu kepada sajak atau puisi yang dipelajari.
d. Murid akan mudah mengingati sajak / puisi

Genre:
a. Teknik ini sesuai untuk puisi seperti sajak, pantun, syair, gurindam dan sebagainya.

Sumber:
DBP

Teknik Peta Minda

Langkah Mengajar:
a. Murid mencatatkan maklumat tentang sesuatu aspek dalam bentuk peta minda.
b. Peta minda boleh disediakan oleh guru lebih awal.
c. Pelajar sendiri boleh membina peta minta itu.

Genre:
a. Teknik ini sesuai untuk semua genre sastera.

Sumber:
DBP

Teknik Stesen

Langkah Mengajar:
a. Murid mencari maklumat secara berkumpulan dari satu stesen ke satu stesen yang lain.
b. Maklumat di setiap stesen berbeza-beza berdasarkan arahan guru.
c. Murid perlu pergi ke semua stesen untuk melengkapkan maklumat.

Genre:
a. Teknik ini sesuai untuk semua genre sastera.

Sumber:
DBP

Teknik Improvisasi

Langkah Mengajar:
a. Aktiviti lakonan secara spontan yang mengisahkan kejadian, peristiwa atau situasi sebenar.
b. Dijalankan dalam kumpulan antara 2 hingga 5 orang murid.
c. Murid diberi masa 10 hingga 15 minit untuk berfikir dan menyusun dialog.

Genre:
a. Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, novel dan prosa klasik.

Sumber:
DBP

Teknik Kerusi Panas

Langkah Mengajar:
a. Seorang murid dikehendaki memainkan peranan satu watak.
b. Murid berkenaan duduk di kerusi di hadapan kelas.
c. Murid-murid lain mengajukan pertanyaan berkaitan perwatakan watak yang dilakonkan.
d. Murid yang duduk di kerusi mesti menjawab soalan sebagai watak yang dilakonkan.
e. Murid lain mencatat perwatakan watak.

Genre:
a. Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, novel, dan prosa klasik.

Sumber:
DBP

Teknik Balang Kaca

a. Seorang murid berlakon sebagai watak utama
b. Murid-murid lain berlakin sebagai watak-watak lain mengelilingi watak utama.
c. Watak-watak lain memberi pandangan terhadap watak utama.
d. Watak utama tidak bercakap tetapi boleh memberi respons melalui mimik muka, gerak tubuh dan sebagainya.
e. Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, novel dan prosa klasik.

Teknik Monodrama

Langkah Mengajar:
a. Teknik ini dilakonkan oleh seorang pelakon.
b. Murid sebagai pelakon mesti menghayati watak yang dipilih.
c. Pelaon berusaha untuk meluahkan rasa hati supaya dapat menjelaskan peranan dan tindakan watak salam sesuatu karya.
d. Murid lain dapat menilai perwatakan yang sedang dilakonkan.

Genre:
a. Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, novel, dan prosa klasik.

Sumber:
DBP

Teknik Persidangan Meja Bulat

Langkah Mengajar:
a. Perbincangan dilakukan secara berkumpulan.
b. Seorang murid menjadi ketua untuk mempengerusikan perbincangan.
c. Seorang murid menjadi pencatat.
d. Perbincangan berfokus kepada isu yang ditetapkan oleh guru.
e. Semua anggota kumpulan mesti memberi pendapat semasa perbincangan
f. Pendapat harus diberikan secara bergilir.
g. Wakil kumpulan akan membentangkan hasil perbincangan

Genre:
a. Teknik ini sesuai untuk semua genre sastera.

Sumber:
DBP

Teater Bercerita

Langkah Mengajar:
a. Aktiviti ini melibatkan seorang pencerita dan beberapa orang pelakon.
b. Pencerita akan menyampaikan cerita, dan pelakon beraksi mengikut watak dalam cerita tersebut.
c. Guru atau murid boleh menyediakan skrip terlebih dahulu.
d. Murid lain diminta mencatat maklumat berdasarkan arahan guru.

Genre:
a. Teknik ini sesuai untuk mengajar genre drama, cerpen, novel dan prosa klasik.

Sumber:
DBP

Teknik Membuat Projek

a. Guru perlu memikirkan satu projek bagi mengumpulkan maklumat berkaitan nilai murni yang ada dalam teks.
b. Pelajar diminta menyenarai beberapa nilai murni dalam cerpen.
c. Wakil pelajar diminta untuk membentangkan hasil perbincangan.
d. Aktiviti ini dapat meyakinkan pelajar bercakap di khalayak ramai.
e. Pelajar diminta melakukan aktiviti perbualan berbentuk drama.
f. Pelajar juga diberi tugasa mengaplikasikan apa-apa yang dipelajari dalam kehidupan seharian seperti berani mencuba sesuatu bagi meningkatkan tahap pembelajaran.

Teknik Main Peranan

a. Pelajar perlu membayangkan diri sendiri ataupun orang lain dalam pelbagai situasi.
b. Pelajar diminta beraksi seperti watak yang ada dalam situasi cerpen.
c. Melalui kaedah ini pelajar dapat menghargai dan menghayati matlamat watak.
d. Teknik ini memberi tumpuan kepada minat serta emosi pelajar.
e. Nilai-nilai murni juga dapat diterapkan selain menerangkan perkembangan dalaman.

Teknik Menghasilkan Karya

a. Berdasarkan cerpen yang dibaca, pelajar diminta menghasilkan sebuah karangan.
b. Pelajar boleh menghasilkan apa-apa sahaja bentuk karangan berkaitan dengan cerpen.
c. Pelajar juga boleh membuat ringkasan atau sinopsis cerpen.
d. Pelajar juga boleh menulis artikel ataupun sajak berdasarkan cerpen yang dibaca.
e. Sajak atau artikel tersebut boleh dihantar kepada pihak media massa.
f. Sesuai untuk mengajar cerpen

Teknik Bayangan Minda

a. Tujuannya untuk memberi gambaran dan pemahaman kepada pelajar.
b. Pelajar diminta membayangkan situasi yang bermain dalam minda watak yang dipilih.
c. Pelajar juga diminta membayangkan latar belakang watak yang dipilih.
d. Aktiviti ini dapat menyedarkan kepayahan dan kesenangan yang dirasai oleh watak.
e. Sesuai untuk menghayati dan mengenal watak dan perwatakan bagi watak yang dipilih.

Teknik Berdialog

a. Pelajar perlu fahami keseluruhan isi cerpen.
b. Pelajar diminta membuat dialog atau perbualan berdasarkan cerpen yang dibaca.
c. Dialog perlu dilakonkan oleh pelajar.
d. Cara ini dapat meningkatkan tahap pencapaian mengingati fakta dan mencungkil bakat.
e. Dialog dapat melatih pelajar bertutur menggunakan sebutan dan intonasi yang betul.
f. Sesuai digunakan untuk mengajar Cerpen.

Thursday, March 18, 2010

Teknik Teater Pembaca

a. melibatkan beberapa orang murid membaca skrip sesebuah cerita di hadapan kelas.
b. lebih mementingkan aspek penggunaan suara, sebutan, intonasi, dan mimik muka,
c. murid yang sedang membaca skrip diminta bergerak selangkah ke hadapan dan kembali selangkah ke belakang selepas gilirannya habis.
d. membantu penonton memahami, menghayati dan merasakan cerita itu seolah-olah sedang berlaku di hadapan mereka.
e. Pelajar lain boleh mencatat maklumat penting berdasarkan aktiviti yang dijalankan.
f. Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, dan prosa klasik.